Saturday, March 26, 2011

HOW TO BE A GOOD BOYFRIEND ?

Lelaki memang sentiasa nak cuba puaskan hati wanita - wanita mereka ? Or, do they ? And for some reason, they cannot do it the right way. Di sebabkan aku pun nak jugak la cuba puaskan hati - hati perempuan di luar sana, in order to improve myself to be a better man. So I came out with this;

" How to be a good boyfriend ? "
==============================================================

1. Jadi jujur.

Okay, frankly speaking, guys will never be able to be honest. It's just their speciality. Tapi, wanita akan lebih menghargai lelaki yang boleh jujur dengan mereka. Kan ? Dalam satu - satu situasi, bila si lelaki mempunyai pendapat yang berkaitan dan relevan, please, tolong beritahu si wanita, sebab jika tidak, anda tidak akan memberi peluang kepada mereka untuk perbaiki diri dan keadaan. Wanita, faham - faham sajalah kan peel mereka. Jangan nak jadi terlalu nampak baik sangat. Contoh, dalam situasi pemilihan baju;
" Baby, baju ni ok tak ? "
Dan si lelaki balas,
" Yeah, it looks nice on you ........"
then followed by a long pause. Because you think another dress is much more better to her. Si lelaki mungkin ingat, ini adalah langkah terbaik untuk menjaga hati si wanita. Tapi, akhirnya, si wanita itu akan pilih baju yang si lelaki tak suka, dan akhirnya si lelaki itu sendiri yang akan bosan dalam bab nak menjaga hati ini. Okay ? Try to be honest.

==============================================================

2. Jangan buat tak tahu.

Pernah tak rasa macam pasangan kita tu selalu jadi 'Pak Sibuk' ? Semua nak tahu. Makan apa ? Keluar dengan sapa ? Tengah buat apa ?
" Ey, annoying la U ni "
Pernah ? It's a no - no guys ! Tak baik tau si lelaki buat kat si wanita macam tu. Cuba ingat balik keadaan asal. Wanita tu pasangan kita. Dan mereka sangat lah suka untuk sentiasa ada bersama pasangan lelaki mereka. Selalunya macam ni lah, wanita ni, bila pasangan dia buat tak tahu, lagi lah dia akan buat macam - macam benda, semata - mata nak tarik perhatian lelaki. Walaupun dia tahu, perbuatan tu sangat - sangatlah menjengkelkan. The best solution ? Tell her nicely your feeling.
" Baby, I sakit kepala la. Nanti dah okay I talk dengan U okay ? "
Tak ke sejuk hati wanita tu ? Right girls ?

==============================================================

3. Komunikasi.

Dulu kan pernah ada isu, kes lelaki Malaysia tidak romantik. Sentap kau ? Salah lelaki jugak la. Akur atau tidak yang kita memang jarang untuk cuba berkomunikasi ? Komunikasi dekat sini bukan bermaksud kau banyak cakap. Komunikasi dalam perhubungan ialah sentiasa ada flow of language. Cakap walaupun tak nak cakap. Wanita bukan makhluk superpower yang boleh 'mind-reader' pasangan mereka. Mereka takkan faham, sehinggalah kita cakap. Lagi satu, bila si wanita tu bercakap, tolong dengar ! Si wanita tu pot pet, kau pun nak pot pet sama kan. Macam mana nak dengar ?

==============================================================

4. Sentuhan.

Bila si wanita tu menangis, belai la kepala dia pelan-pelan. Tak perlu kata apa=apa. Sebelum pergi kerja, cium dahi dia. Sebelum tidur, cium pipi dia. Ini hanya untuk pasangan yang berkahwin saja okay ! Kau pegang lebih - lebih, jadi apa - apa dekat anak dara orang, kau tanggung la sendiri okay !

==============================================================

5. Hadiah.

Lelaki, please. Tolonglah ingat hari ulangtahun, hari jadi dan sebagainya. Jangan nak buat bongok okay ! Kata ada BeriHitam , Fon-Saya bagai, set sajalah alarm. Tu pun tarak tau ka ? hadiah tak semestinya mahal. Boleh je bagi hadiah anytime, any events.

" Ey baby, I nampak hadiah ni dekat kedai hujung sana. I teringat dekat U. I terus beli untuk U. "

" Baby, tadi U usha buku ni tadi kan ? Cuba tengok dalam beg U......Suprise ! "
Simple but nice.

==============================================================

6. Pelbagai.

Boleh tak setiap kali nak date, pergi tempat yang sama, buat benda yang sama, masa yang sama ?
" I bosan ! Bosan ! Asyik - asyik benda sama, kita break lah "
Kan ? Buat la pelbagai benda. Aku pernah tengok kawan aku bawak pasangan dia pergi panjat Broga Hill tu. Kau mampu ? Tak pun, cuba bawak masuk hutan, bawak dia sekali pergi gym, scuba diving, banyak lagi lah. Aku suka buat macam ni, every week, explore satu state. Maksudnya, dalam masa 14 minggu, dah jelajah satu Malaysia dah. Bukan tak boleh buat, pemalas je.

==============================================================

7. Pujian seikhlas hati.

And this back to square one, you does not have to be romantic.
" Baby, U masak sedap la hari ni, tiap - tiap hari makan pun tak bosan "

" Awak nampak sweet la hari ni "

" Cantik tudung awak hari ni "

Cukup untuk memuji. Tak perlu lebih - lebih. Baru la si wanita tu rasa di hargai.

==============================================================

8. Biarkan.

Peringatan ! Pasangan anda bukan hak anda seorang ! Get a life man ! Dia pun ada hidup dia jugak. Ini tak, dia hangout dengan kawan dia, kau nak ikut, dia nak pergi makan dengan kawan dia, kau nak ikut, dia buat apa setiap masa nak kena report, sampai kunci kereta dia pun kau nak pegang ?! F lah~! Jangan sampai dia cakap macam ni;

" Ey, U tak ada kerja lain ke asyik nak ikut I jer ? Takkan I ni sorang je kawan U ? "

Sentap kau ? Hilang kejantanan kau.

==============================================================

9. Jaga diri.

Takkan la setiap masa nak kena ingatkan bila nak mandi, pakai seluar dalam ke tak, pakai bedak ke tak, gosok gigi dah ke belum ? The girl is not your babysitter okay ! Ini tak boleh ulas panjang - panjang. Sendiri dah besar, pandai la fikir sendiri.

==============================================================

10. Sentiasa menyokong.

Bila dia down, bila dia menangis, bila dia ada masalah, sentiasa ada di samping dia. Period.

==============================================================

Rasa itu saje kot, tips yang nak di kongsi. Kalau rasa ada nak tambah, pergi tambah sendiri dalam blog korang ye. And remember, try to be a good somebody. Okay ?
" Nice baby ! I suke sangat " hee~