Kawan sejati akan sentiasa menyokong kawan - kawannya yang lain.
" Walaupun saya banyak kawan, tapi banyak sangat yang jeles dengan saya....."" Apsal nak kena jeles dengan kau pulak ? "" Ntah la.."
Tapi, kawan yang cemburu dengan kau, mungkin lebih baik sekiranya jauhkan diri kau darinya buat seketika.
Sebab apa ?
Kawan sebegini cenderung untuk 'booo' engkau ketika kau senang, dan bersukaria ketika anda susah. Dan, memang tak di nafikan, terlalu besar cabaran untuk menghadapi kawan yang sebegini. Kalau kau seorang yang baik, boleh saja bantu kawan kau daripada perasaan 'insecurities' itu, tapi kalau macam malas sangat nak fikir, putus kawan adalah cara yang terbaik.
Betul ke ?
Cuba tengok benda yang dekat bawah ni;
========================================================
1. Fahami.
Cuba untuk fahami perasaan kawan kau yang cemburu tu.
" Asyik - asyik nak faham perasaan dia saja, perasaan aku macam mana ? "
Wey, ada aku cakap suruh faham perasaan kau ke ? Kan ke aku cakap, cuba fahami dulu perasaan dia. Hal kawan cemburu ni selalunya berlaku sebab mereka sentiasa impikan benda yang kita ada. Cuba fahami, apa yang dia tak senang dengan kita. Kita ada pasangan hensem/cantik ke ? Kita kaya ke ? Kita bijak ke ? Dan cuba fikir, adakah dia 'kurang' cemburu dengan kita bila dia ada benda tu? Okay ? Be understandable.
========================================================
2. Beritahu.
Beritahu dia apa yang dia cemburu sangat dengan kau nih. Sikit - sikit nak buat mata bulat. Sikit - sikit nak mendengus. Katakan dia cemburu dengan kau sebab shape kau lagi mantap dari dia. Mesti dia akan ejek macam - macam sebab dia tengah cemburu.
" Ahaks, badan kau memang la slim, tapi still ada la jugak menggelebehnya "" Alah, tak kisah, yang penting ramai jugak la yang nak kat aku "
Tak ke terbutang biji mata dia kat situ. Tak pun macam ni:
" Wey, menyampah la aku tengok kau pakai subang tu "" Ye ke ? Aku selesa la dengan subang ni, nampak cantik je dekat I "
Lagi sekali mata dia terbutang. Cuba jadi yakin sikit. Tak payah la nak minta maaf sebab buat dia cemburu. Bukan salah kau pun dia cemburu.
========================================================
3. Jaminan
Cuba bantu kawan anda untuk lebih yakin dengan diri dia sendiri. Kesan dia cemburu, meyebabkan terpamer secara langsung dekat keyakinan diri dia.
" U pun apa kurangnya, cantik apa pakai subang tu. Looks nice on U "" Baju U memang padan dengan U lah "
See? Cuba bantu dia untuk capai apa yang dia nak. Atau dia cemburu sebab kau ada pasangan? Tolong la dia carikan pasangan. Kata kawan sejati kan.
========================================================
4. Pertahankan diri.
Dah buat macam - macam pun still benda yang sama juga ? Dia tak habis - habis kutuk kau ? Solution ? Lawan la balik. Lawan di sini bukan bermaksud secara fizikal. Kalau dia seorang yang bodoh dan malas belajar, tak bermaksud yang dia boleh kutuk kau yang bijak sebab rajin belajar. Atau, kalau dia seorang yang selekeh, sebab memang tak reti nak dress up, tak bermaksud boleh kutuk kau yang cantik dan ayu sebab selalu jaga penampilan. Minta dia minta maaf dekat kau. Kalau tak, mungkin dah tak ada jodoh persahabatan la dengan dia.
========================================================
5. Saling menyokong.
Selalu ingat dalam kepala, bahawa anda memang akan sentiasa mengharapkan kawan anda untuk sentiasa menyokong anda. Sekiranya dia gembira, bila kereta anda, di mana merupakan kereta idaman dia sebelum ini, tercalar, atau seronok, bila pasangan anda bergaduh dengan anda, di mana pasangan anda dulu idaman hatinya, mungkin dah tiba masanya untuk cakap ' babai' dengan dia.
Tak rasa ke macam tu ? :)