Tuesday, April 5, 2011

REALITY CHECK

Pernah dengar 'reality check' ? A reality check means choosing to truly live. Maksudnya mula untuk hidup di dunia yang nyata. Berpijak di dunia yang nyata.

Ini bermaksud kita bukan lagi hidup dalam dunia angan-angan kita. Atau cuba juga nak yakinkan diri kita bahawa kita ni berada dalam dunia angan - angan kita.

Nak berhadapan dengan dunia realiti, memang adalah salah satu perkara yang paling susah sekali. Contoh situasi adalah macam ini:
" Aku gemuk ,tapi aku tak nak mengaku yang aku gemuk, maka, aku akan cuba yakinkan diri aku bahawa ada orang lain laigi yang lebih gemuk, malah, aku juga yakin bahawa gemuk tidak bermaksud sakit, malahan termasuk dalam kategori yang comel. Maka dengan itu, aku suka menjadi gemuk "
" Saya malas. Tapi asalkan saya boleh hidup dah la. Saya tak kisah pun apa orang nak cakap, bukan orang - orang tu bagi makan dekat saya pun. Saya happy dengan hidup saya sekarang. Ada ke saya susahkan awak ? Tak ada kan "
See ? That's some of denial fact yang orang - orang sekeliling kita kerap utarakan. Atau kadang - kadang diri kita sendiri ! Kita terlalu sangat cuba untuk membina sebayak mungkin ilusi tentang apa yang sepatutnya hidup kita ni, malah macam statement dekat atas, kita akan cuba yakinkan diri kita bahawa ilusi - ilusi ini adalah fakta atau diri kita yang sebenar !

Isn't it sad ?

Pernah tak kita buat benda macam ni ? Happy ke ? Seronok ke ? Bangga ke dengan tipu diri sendiri ? Dalam hati kita, kita akan tetap kata, bahawa kita tak akan pernah menjadi diri kita yang sebenarnya. 
" Ha ah la, aku selalu buat macam tu, hurmm"
Dan bila kita dah sedar yang kita memang selalu elak 'reality check', kita akan mula rasa tak selesa. Biarlah sebanyak mana pun kita cakap " Tak, tak, tak ", selagi itu lah, kita akan rasa bersalah sangat-sangat dengan diri kita.

Contoh mudah la, dalam perkahwinan. Akan ada selalu pasangan yang memang akan sampai satu masa akan bertengkar. Dan orang - orang sekeliling akan membina tanggapan bahawa hubungan mereka sudah mula retak atau bergelora. Which is so not true. Perasan atau tidak, selalunya selepas pertengkaran, si lelaki akan sentiasa untuk cuba pujuk balik pasangan mereka, dan si wanita akan mula - mula jual mahal, lepas tu akan terima jugak pasangannya balik, dan akhirnya hubungan itu akan kembali bahagia. True or not ? Kebahagiaan di jalin atas penderitaan. Bersakit dahulu, bersenang kemudian. Okay, aku dah merepek dekat situ.

Malahan, fakta mengatakan bahawa hubungan yang terlalu sempurna sebenarnya lebih banyak mempunyai masalah, sebab apa ? Di atas permukaan yang kita nampak tenang, sebenarnya menyimpan banyak sangat perit dekat bawahya. That is so true.

Jadi, masih lagi nak elakkan realiti ? Yes, it is understandable life is not pretty sometimes, and yet in it, is this grittiness, this reality that makes it rich and beautiful. By embracing real life, warts and all, we are choosing to truly live.