Monday, April 11, 2011

SI JANTAN DAN SI DARA

Ada sekali tu, aku terdengar satu lirik lagi nih. Lagu melayu lama. Kira dah zaman mak bapak nenek moyang punya lagu la. Ingat niat nak la tulis lirik lagu tu dekat sini. Haha, tapi risau pulak, kena saman pulak. Sebab hari ni nak bincang sikit je. Pasal kandungan lagu tu je.

Lirik lagu tu sinopsis dia macam ni la. Lagu tu mengisahkan tentang perasaan seorang lelaki ni. Dia merana sebab kekasih dia tinggalkan dia bila kekasih dia tu pergi melanjutkan pelajaran dekat menara gading. So, dia luahkan kan melalui lagu sebab kekasih dia tu dah lupakan dia. Siap cakap lagi,
" Aku sedar aku ini siapa, di bandingkan dengan diri mu. Tiada harta, tiada segala "
Macam tu lah. Jadi, persoalan dia dekat sini...

Kenapa kau , si jantan nak perlu merayu macam tu ? Buat malu je la wei. Memang layak la perempuan tu tinggalkan kau. 
" Tapi cinta aku setinggi gunung. "
Kau kena ingat, hidup dekat dunia ni, bukan setakat nak harapkan cinta je. Kau ingat, dengan cinta je kau boleh bagi makan anak orang ? Cuba berpijak dekat dunia realiti sikit. 

Lagi satu, bila perempuan tu dah masuk menara gading, mestinya lah dia akan jumpa ramai orang. Dan dalam ramai - ramai orang tu, mesti dia akan jumpa yang setaraf dengan diri dia. Maksud aku setaraf dekat sini, adalah, si jantan tu akan ada masa depan yang lebih cerah, dan mempunyai jaminan kerjaya yang stabil. Kalau nak di bandingkan dengan diri kau yang hanya menyanyi lagu jiwang, duduk dekat tunggul kayu kampung, untuk si perempuan, yang aku rasa tak kisah langsung pasal diri kau dah.

Sudah - sudah la berangan. Apa kata kau, si jantan, ambil inisiatif. Tingkatkan diri kau dalam bidang pelajaran. Tak pun, cuba cari pekerjaan yang boleh tampung hidup kau dulu. Baru lah kau tu setaraf dengan anak dara orang tu nanti. Okeh ?